Pages

Thursday, September 27, 2012

DRAMA ADAM & HAWA





Salam Khamis semua....entry kali ney Cik Goge nak bershare tentang novel yang paling Cik Goge suka, novel ADAM & HAWA karya penulis Aisya Sofea..novel ney memang best..dan sekarang cerita ney sedang ditayangkan di Astro Mustika HD saluran 134.... Adam & Hawa mengisahkan mengenai Ain Hawani atau Hawa, seorang remaja lepasan SPM yang berkerja sementara sebagai guru tadika di taman didikan kanak-kanak milik kakak kepada Adam Mukhriz. Hawa dan Adam telah berkenalan dan akhirnya berkawan.

Adam seorang lelaki kacak dan playboy yang bekerja sebagai juruterbang. Pada suatu hari Hawa dan Adam telah ditangkap basah selepas difitnah oleh seseorang yang mempunyai perasaan dengki terhadap hubungan mereka.

Hawa bagaimana pun tidak dapat boleh menerima ketentuan apabila dia dipaksa kahwin dengan Adam oleh keluarga. Hawa membenci Adam dan dia telah melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Setelah pulang ke Malaysia, Adam masih mengharapkan cinta daripada isterinya itu, namun Hawa ego.


Agak-agak apa kesudahan cerita Adam & Hawa ney...Buat masa sekarang cerita ney masih berlandaskan novel...jangan jadi macam BICARA HATi dah lah...sangat mengecewakan....sama-sama kita sakasikan drama ADAM & HAWA ney....

No comments:

Post a Comment